Thursday, October 7, 2010

Masuk rumah baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya tahu, mungkin entri pertama ini tidak akan dibaca sesiapa pada masa terdekat. Bagaimanapun, saya yakin, insyaAllah suatu hari, pasti ia akan dibaca ribuan pelayar Internet. Sejak berkecimpung dalam dunia media beberapa tahun lalu, saya mula mengabaikan minat yang pernah mengisi banyak masa saya sebelum itu. Menulis di blog sudah pastinya pernah menjadi satu fenomena dan semakin lama, ia kian dilupakan apabila wujudnya medium lain, termasuk laman web sosial facebook.
Pun begitu, seharusnya kita tidak meninggalkan alam blog kerana di sini sudah pasti terungkap satu rasa yang mungkin tidak akan sama meskipun kita menulis di laman sosial.
Saya akan kembali mencari rakan lama yang pernah akrab di ruangan maya beberapa tahun lalu dan berharap, mereka masih mengingati saya. Buat yang pernah menjadi rakan atau sekadar mengimbas kembali, blog saya bermula dengan cetusan inspirasiku

Terima kasih dan jumpa lagi.

6 comments:

  1. salam kak nieys...ingat sy lagi x?...huhu...lama dah kita x borak2 di blog kan...ape2 pon slmt berblog semula kak...keep in touch ya ^^

    firdee.net

    ReplyDelete
  2. Hai Fir.. memang ingat.. thanks ye masih ingat kat akak.. insyaAllah harapnya yang ni berkekalan.. rindu sangat nak menulis di blog macam dulu. Memang lain kan menulis kat blog berbanding dengan FB. Cuma nak start balik ni macam merangkak la sikit nak kenal HTML code..

    ReplyDelete
  3. mmg berbeza kak FB n BLOG. saya pon sejak ada FB ni dah jarang update blog. huhu =P. kak, ruangan komen ni kalo bleh akak buka pilihan utk org leh masukkan nama n address blog diorg sendiri eh. senang sket. huhu =D.

    ReplyDelete
  4. TQ Fir.. hehe.. lama dah tak blogging.. semua nak kena refresh..

    ReplyDelete
  5. akak...hapdet laa belog..hehehe..
    meh nk jd folower kak is~

    ReplyDelete